Selasa, 30 Jun 2009

Ucapan Buat Pengantin Baru ~teristimewa buat abang ku Mohd Sharipuddin dan zaujah tercinta kak Nor Idayu

~
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Aqil ibnu Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan bani Jusham..lalu datang orang ramai dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”..
Mendengar yang demikian Aqil berkata; “janganlah kamu berkata demikian kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”..
Mereka lalu bertanya, “jika demikian apa yang patut kami katakan wahai abu Yazid?"
Aqil menjawab,”Katakan (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

~
Dalam sebuah hadis riwayat imam Bukhari, diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ternampak kesan sufrah ( sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu baginda bertanya, “apakah ini?”
Lalu jawab Abdul Rahman r.a. “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash.

~
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “( semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan)."

~
Menurut imam Nawawi daalm al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan- ucapan Rasulullah di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kitamengucapkan “ semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mana taknya ,kehidupan pasangan yang diberkati Allah sudah tentu hidup dengan gembira dan bahagia.Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia belum tentu mendapat keberkatan-Nya.


Wallahu’alam..



~~pernikahan kalian adalah satu ibadah..buat si suami, jadilah nakhoda yang bijaksana lagi berhikmah,berjaya atau tidak bahtera belayar walaupun dilanda badai dan taufan terletak di bahu kalian..buat si isteri,kalian adalah sayap kiri..ikhlaskan diri dalam membantu suami..semangat,kesabaran dan pengertian kalian amat penting bagi mereka..moga sentiasa sabar,saling memahami dan berusaha membina rumahtangga impian yang dirahmati dan di redhai Allah,hiduplah dalam rukun,aman dan bahagia..ameen~~

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP